OGOS 2024

Anjurkan Semula Sukan Borneo - Abang Johari


KUCHING, 21 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg memgahadiri Majlis Makan Malam Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam tadi. 

Ketika berucap di majlis malam tadi, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak mencadangkan agar dianjurkan semula Sukan Borneo (Borneo Games).

Tambah beliau, “Sarawak akan cuba menjadi penaja Sukan Borneo". 

Jelas beliau, acara sukan itu nanti melibatkan negara-negara di Borneo iaitu Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah, Kalimantan, Indonesia serta Brunei.

“Saya juga akan mengusulkan cadangan ini kepada rakan-rakan dari negara jiran memandangkan kita sedang membuat persiapan untuk Sukan Asia Tenggara (SEA Games).

Beliau berkata, penganjuran acara sukan itu nanti akan menjadi platform dalam mencungkil atlet-atlet sukan bertaraf antarabangsa dari rantau Borneo.

Sukan Borneo pertama telah dianjurkan oleh Brunei pada tahun 1954. Sabah, Sarawak dan Brunei kemudiannya bergilir-gilir menjadi tuan rumah temasya tersebut sebelum kali terakhir diadakan di Brunei pada 2009.